
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya kita masih diberi ruang dan peluang bagi meraikan Hari Raya pada tahun ini. Dikesempatan ini saya bagi pihak seluruh ahli jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Desa Seri Bayu mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI kepada seluruh warga RPT. Pihak kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya ada salah dan silap semasa mengemudi wadah kejiranan ini. Semoga Syawal yang menjelang dapat mengukuh dan mengeratkan lagi hubungan sesama kita. Saya juga ingin berpesan agar warga RPT dapat melindungi dan meningkatkan langkah-langkah keselamatan kediaman masing-masing khususnya sebelum balik beraya di destinasi masing-masing. Jangan memberikan ruang dan peluang kepada penjenayah melakukan jenayah di musim perayaan ini. Akhir kata...semoga kita semua beroleh kesejahteraan sentiasa..Selamat Hari Raya Idulfitri - Maaf Zahir dan Batin
ABU JALIL BIN MEOR YANG- Pengerusi KRT Desa Seri Bayu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan