29 Jun 2009

penyambungan kabel telefon

Syukur Alhamdulillah...........
Kabel telefon di taman kita telah disambung semula.Ini bermakna kita telah mendapat semula hak kita selama ini yang telah dicuri oleh penyangak. Kita seharusnya bekerjasama untuk mempertahankan hak kita daripada diceroboh oleh penyangak sekali lagi. Marilah kita bersatu padu melawan penyangak ini yang bukan sahaja mencuri kabel telefon malah mencuri harta benda di dalam rumah kita. Penyangak juga telah mengganggu keharmonian hidup kita semua.

Bagaimanakah cara kita nak bersatu padu?
Bagaimanakah cara kita untuk bekerjasama?
1. Harap kepada ketua keluarga telah diamanahkan untuk berjaga malam turun berjaga.
2. Memberi sokongan kepada KRT dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
3. Ringankan tulang untuk membantu jiran tetangga yang lain membuat kerja untuk masyarakat.

20 Jun 2009

Kelab Motorsikal Berkuasa Tinggi CSI Bikers











Baru-baru ini telah ditubuhkan Kelab Motorsikal Berkuasa Tinggi 250cc ke atas. Keahlian dibuka kepada semua pemilik motor kategori tersebut dari Daerah Perak Tengah. Kelab akan didaftarkan sebagai CSI BIKERS (Cawangan Seri Iskandar) nama ini dipilih kerana itule pekan yg glamer sekarang ni. Logo pun dah buat. Dari KRT Desa Seri Bayu dah ada 3 orang. Elok join kelab daripada syok sendiri sorang-sorang macam Zali Telekom.Aktiviti-aktiviti menarik akan dirancang sepanjang tahun ini. Blog juga akan diwujudkan.Berminat sila hubungi Hashim 012-4520351 (nak beli motor rajin-rajinle bertanya)

16 Jun 2009

kecurian kabel telefon

Pada hari Sabtu 13 Jun 2009 telah berlaku kejadian mencuri kabel telefon berhampiran pondok kawalan. Akibatnya kesemua kita menghadapi masalah talian telefon. Masalah ini mungkin berlarutan selama 2 minggu.
Oleh itu kita perlu bersama-sama berganding bahu mencegah kegiatan jenayah ini.

Di antara langkah yang boleh kita ambil :
- memperkemaskan lagi kumpulan kawalan malam
- rondaan malam dibuat sebanyak tiga kali




10 Jun 2009

klinik UPSR 2009

Klinik UPSR 2009 diadakan di Balai Lintang Surau An-Naqliah. Dilaksanakan selama dua hari iaitu dari 10 Jun 2009 hingga 11 Jun 2009 ( Rabu dan Khamis ).Bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Sasaran ialah murid yang akan mengambil peperiksaan UPSR tahun 2009. Seramai 27 orang murid telah menyertai Klinik UPSR ini. Mereka datangnya dari Desa Seri Bayu, RPA Gelung Pepuyu dan Taman Indera. Tenaga pengajar pula terdiri daripada guru-guru pemeriksa kertas soalan UPSR.

Hari Pertama
Pada hari pertama melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.



Hari Kedua
Pada hari kedua melibatkan mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sains. Setelah selesai klinik UPSR, maka pada akhirnya diadakan penyampaian sijil penyertaan kepada murid-murid yang terlibat. Penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Encik Shuhaimi bin Alias.

Semoga murid-murid ini mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2009.

InsyALLAH.













06 Jun 2009

Logo KRT

Pengertian Logo RT
Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.

Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.

Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu:
Biru - Bermuafakat dan bersatu padu
Merah - Keberanian dan keluhuran
Kuning - Kejayaan dan keharmonian
Putih - Kesucian dan bertangungjawab

5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.
2 Bentuk Titisan Air Terbalik

Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.
Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.

Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.

01 Jun 2009

majlis ilmu


Majlis Ilmu

Bulan Jun 2009

Jadual Kawalan Jun

Jun
Tarikh Kumpulan
1 ---------11
2--------- 12
3 ---------13
4 ---------14
5 ---------15
6 ---------16
7 ---------17
8 ---------18
9 ---------19
10 --------20
11 --------21
12 --------22
13 --------23
14 --------24
15 --------25
16 --------26
17 --------27
18 --------28
19 --------29
20 --------1
21 --------2
22 --------3
23 --------4
24 --------5
25 --------6
26 --------7
27 --------8
28 --------9
29-------- 10
30 --------11

Jawatankuasa KRT Desa Seri Bayu 2009-2011

Pengerusi:En. Abu Jalil bin Meor Yang

Naib Pengerusi:En. Ahamad Fadzil bin Ariff

Setiausaha:En. Hashim bin Talib

Bendahari:En. Kamaruzaman bin Abdul Rahman

Ahli jawatankuasa

Biro Agama & Surau:
Ustaz Ismail bin Shaari

Biro Sekolah Rakyat:
En. Kamarudin bin Yasin

Biro Jiran Muda,Tunas Muda:
Tn. Hj. Ikram bin Zulkafali
En. Fitri Zaidi b Meor Hamzah

Biro Keselamatan & SRS:
En. Ibrahim bin Hasan
En. Nor Azlan b Yahya
En. Ahmad Tajul Ariffin bin Mohamed Tajudin

Biro IT & Informasi:
En. Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar

Biro Pendidikan:
En. Mohd Lotiffi bin Harun Noh Rashid
En. Shuhaimi b Alias

Biro Kesihatan:
Tn. Hj. Abd Rashid bin Kulop Sharif
Tn. Hj. Aidrus b Shaari

Biro Jiran Emas &Kebajikan:
Tn. Hj. Zulkifli bin Ali
Tn. Hj. Nahar b Mat Yatim

Biro Pembangunan & Teknikal:
Tn. Hj. Wook bin Saidon
En. Abdul Rani b Abd Rahman

Biro Sukan:
En. Razali bin Abdul Rahman
En. Mokhtar b Shaari

Biro Jiran Wanita:
Pn. Hjh. Ramnah bt Abd Sani
Pn. Latifah bt Yusof
Pn. Noraini bt Mat Isa


foto

renungan