10 April 2011

Mesra Desa Seri Bayu

Program Mesra Desa Seri Bayu diadakan pada 10 April 2011. Ramai mereka yang hadir. Aktiviti yang diadakan :
1. Senamrobik

2. Pendaftaran penduduk

3. Pemeriksaan :

- tekanan darah
- kandungan gula

- jenis darah

- pap smear
- berat badan seimbang (BMI)

4. Derma darah

5. Pendaftaran Suruhanjaya Pilihanraya

6. Pameran

Terima kasih kepada mereka yang menjayakan program ini.

Gambar sekitar program.























03 April 2011

Rombongan

Akan diadakan rombongan untuk :
1. Kaum wanita - Langkawi.
sila hubungi Pn. Roslina 019-4516224)
Bayaran RM 140. untuk penginapan dan bas. ( Daftar segera )

2. Suami & Isteri atau Individu- Hatyaai
..sila hubungi Haji Rashid b Sharif 019-5231688
Bayaran RM 240 setiap orang. untuk penginapan dan bas. ( Daftar segera )
Tarikh lawatan 14 -16 Mei 2011
Sila buat border pass sebelum tarikh lawatan.



Mesra Seri Bayu

Datanglah beramai-ramai ke Program Desa Seri Bayu
Tarikh: 10 April 2011
Tempat: Perkarangan Surau An-Naqliah
Masa:8.00 pagi - 12.00 tengah hari

Aktiviti:
1. Senamrobik lelaki dan perempuan - 8.30 pagi
2. Pendaftaran penduduk Desa Seri Bayu - 9.00 pagi
3. Pameran Kesihatan - 9.30 pagi
4. Kempen derma darah - 9.30 pagi
5. Pemeriksaan pap smear(wanita) - 9.30 pagi
6. Ceramah Maulidur Rasul - 9.00 malam

Diminta warga Desa Seri Bayu untuk hadir pada 9 April 2011 pada waktu petang untuk kerja gotong-royong.

25 September 2010

Majlis Jamuan Hari Raya RPT Desa Seri Bayu


KRT,Jawatankuasa Penduduk dan Surau An-Naqliah
menjemput seluruh warga RPT Desa Seri Bayu ke Majlis Jamuan Hari Raya
yang akan diadakan pada ;

Tarikh : 26 September 2010 (Ahad)
Masa : 4.30 Petang (Selepas Asar)

Tempat: Dewan MDPT Rpt Desa Seri Bayu


Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin

28 Julai 2010

Program Jiran Wanita KRT - Kursus Penyediaan Kek

Pada 25 Julai 2010 yang lalu seramai 15 orang ahli Jiran Wanita KRT Desa Seri Bayu telah mengikuti Kursus Penyediaan Kek yang diadakan di Kolej Komuniti Pasir Salak. Kursus dibimbing oleh Chef Ahmad serta 2 orang pembantunya. Syabas kepada Jiran Wanita kerana berjaya mengadakan kursus sebegini. Menurut Pn.Hamidah Mahmud kursus ini telah dapat meningkatkan pengetahuan dan keyakinan peserta terutamanya untuk menyediakan juadah Hari Raya nanti...(klik pada gambar untuk saiz gambar lebih besar)



08 Jun 2010

Facebook Desa Seri Bayu

Anda boleh lawati laman facebook Desa Seri Bayu Bota

06 Jun 2010

gotong royon jun

Pada 5 Jun 2010 diadakan gotong-royong di taman kita. Kawasan gotong-royong adalah sekitar surau, Dewan MDPT Seri Bayu, taman permainan kanak-kanak dan juga padang. Seramai 60 orang penduduk yang hadir untuk menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut. Gotong-royong bermula sekitar 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi. Syabas dan tahniah kepada mereka yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan gotong-royong tersebut. Diharap pada masa akan datang labih ramai lagi penduduk yang terlibat untuk menjayakan aktiviti yang dianjurkan oleh KRT Desa Seri Bayu.




Jawatankuasa KRT Desa Seri Bayu 2009-2011

Pengerusi:En. Abu Jalil bin Meor Yang

Naib Pengerusi:En. Ahamad Fadzil bin Ariff

Setiausaha:En. Hashim bin Talib

Bendahari:En. Kamaruzaman bin Abdul Rahman

Ahli jawatankuasa

Biro Agama & Surau:
Ustaz Ismail bin Shaari

Biro Sekolah Rakyat:
En. Kamarudin bin Yasin

Biro Jiran Muda,Tunas Muda:
Tn. Hj. Ikram bin Zulkafali
En. Fitri Zaidi b Meor Hamzah

Biro Keselamatan & SRS:
En. Ibrahim bin Hasan
En. Nor Azlan b Yahya
En. Ahmad Tajul Ariffin bin Mohamed Tajudin

Biro IT & Informasi:
En. Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar

Biro Pendidikan:
En. Mohd Lotiffi bin Harun Noh Rashid
En. Shuhaimi b Alias

Biro Kesihatan:
Tn. Hj. Abd Rashid bin Kulop Sharif
Tn. Hj. Aidrus b Shaari

Biro Jiran Emas &Kebajikan:
Tn. Hj. Zulkifli bin Ali
Tn. Hj. Nahar b Mat Yatim

Biro Pembangunan & Teknikal:
Tn. Hj. Wook bin Saidon
En. Abdul Rani b Abd Rahman

Biro Sukan:
En. Razali bin Abdul Rahman
En. Mokhtar b Shaari

Biro Jiran Wanita:
Pn. Hjh. Ramnah bt Abd Sani
Pn. Latifah bt Yusof
Pn. Noraini bt Mat Isa


foto

renungan