
Tujuan gambar ni dipaparkan agar warga KRT dapat mengenali wajah-wajah AJK KRT khususnya dan amnya untuk memberitahu tentang kewujudan organisasi rasmi di RPT ini. Ini kerana ada warga RPT yang tidak mengetahui tentang aktiviti organisasi kemasyarakatan yang berfungsi secara aktif bagi menangani dan memperjuangkan tuntutan-tuntutan penduduk. Dalam erti kata yang lebih jelas warga KRT harus mengetahui tentang SEJARAH RPT Desa Seri Bayu ini. Bagi penghuni-penghuni asal di sini mereka mengetahui bagaimana jerih payah sebagai 'peneroka awal' yang terpaksa menjalani kehidupan tanpa kemudahan asas yang sempurna. SEJARAH perlu dihayati agar kita lebih menghargai kehidupan bermasyarakat. Jika memilih menjadi kera sumbang atau istilah lainnya 'main masak-masak saja di rumah' alangkah ruginya kita tinggal di tempat sebegini. Harapan kami AJK KRT ialah untuk menghidupkan suasana kehidupan bermasyarakat yang sebaiknya dan lebih berkualiti. Semua ini perlu datangnya dari warga RPT sendiri. Kita tidak mahu nanti akan ada situasi tidak mengenali antara satu sama lain (aku..aku..kamu...kamu). Institusi surau boleh dijadikan medium untuk kita beramah tamah dan hidup sebagai ahli kampung Desa Seri Bayu tidak kira apa pun latar belakangnya. Selain itu sertailah dan raikanlah segala aktiviti yang dianjurkan oleh KRT Desa Seri Bayu. InsyaAllah kehidupan bermasyarakat kita akan menjadi lebih bermakna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan