22 September 2009
Jom Kenal Wajah AJK KRT 2009-2011
19 September 2009
Ucapan Khas Pengerusi KRT Desa Seri Bayu Sempena Hari Raya Idulfitri
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya kita masih diberi ruang dan peluang bagi meraikan Hari Raya pada tahun ini. Dikesempatan ini saya bagi pihak seluruh ahli jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Desa Seri Bayu mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI kepada seluruh warga RPT. Pihak kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya ada salah dan silap semasa mengemudi wadah kejiranan ini. Semoga Syawal yang menjelang dapat mengukuh dan mengeratkan lagi hubungan sesama kita. Saya juga ingin berpesan agar warga RPT dapat melindungi dan meningkatkan langkah-langkah keselamatan kediaman masing-masing khususnya sebelum balik beraya di destinasi masing-masing. Jangan memberikan ruang dan peluang kepada penjenayah melakukan jenayah di musim perayaan ini. Akhir kata...semoga kita semua beroleh kesejahteraan sentiasa..Selamat Hari Raya Idulfitri - Maaf Zahir dan Batin
ABU JALIL BIN MEOR YANG- Pengerusi KRT Desa Seri Bayu
18 September 2009
Sekitar Majlis More Surau An-Naqliah Desa Seri Bayu
10 September 2009
Lailatul-Qadar
TANDA-TANDA LAILATUL- QADAR
Diterangkan dalam sebuah hadis, antara tanda-tandanya ialah :
· Udara pada malam itu amat nyaman, tidak panas dan tidak terlalu sejuk.
· Terbit matahari pada pagi esok harinya dalam keadaan putih bersih, bagaikan bulan purnama, sinarannya lembut dan tidak terik.
· Tidak terasa kepanasan pada siang harinya, walaupun matahari sangat cerah dan terang benderang.
HIKMAH DIISEMBUNYIKAN LAILATUL-QADAR :
1. Supaya kita berusaha untuk mendapatkannya.
2. Supaya kita berusaha meningkatkan ibadah pada 10 malam terakhir.
3. Memperbanyakkan doa untuk memperolehnya.
SEMARAKKAN IBADAH PADA 10 AKHIR RAMADAN
· Menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah.
· Mengejutkan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah menghidupkan malam-malam tersebut.
· Mengikat tali pinggang (tidak bersama isteri).
· Mandi antara Maghrib dan Isyak dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah dan wangi-wangian, terutama pada malam-malam ganjil.
· Berusaha bersungguh-sungguh agar dikurniakan Lailatul-Qadar.
· Melakukan iktikaf di masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadan.
· Membayar zakat fitrah (RM 7.00) dan zakat harta.
-Memperbanyakkan sedekah
ADAB MENGAKHIRI RAMADAN DAN MENYAMBUT ‘IDIL FITRI
1. Allah menyuruh kita agar mengiktiraf akan kebesarannya dengan mengucapkan “takbir” pada malam hari raya dengan gema yang mampu menggegarkan para syaitan.
2. Allah menyuruh kita mensyukuri segala nikmatnya dengan bertahmid dan berzikir.
3. Allah menyuruh kita supaya memohon keampunan dengan beristighfar.
4. Allah memerintahkan kita supaya mengeluarkan ‘Sadaqatul-Fitri’ (membayar zakat fitrah).
5. Keluar beramai-ramai untuk menunaikan solat ‘idil fitri dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan.
6. Bertemu, beramah mesra dan bermaAf-maafan sesama muslimin.
7. Menziarahi kubur (jangan 1 syawal sahaja) dan ziarah-menziarahi untuk mengeratkan silaturrahim.
8. MENERUSKAN QIAMULLAIL. .
9. Ucapkan tahniah DAN SELAMAT di akhirRamadan. ( ‘Taqabballahu minna wa minkum' ).
10. MAKAN SEBELUM SOLAT ‘IDIL FITRI.
05 September 2009
azab tinggalkan sembahyang
"Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.
Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
1.Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2.Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3.Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
1.Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
2.Dia akan merasa yang amat pedih ketika roh dicabut keluar.
3.Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
1.Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
2.Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3.Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).
Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
1. Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
2. Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
3. Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.
1 minit mengingati Allah
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LA I LAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LA ILAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WAAALIHI WA SAHBIH AJMA'EEN
* Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan
* Langkah 3:
* Forward email ini kepada orang yang anda kasihi.
* Hasil 1:
* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.
* Hasil 2:
* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.
* Hasil 3:
* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat.
Wassalam
Jawatankuasa KRT Desa Seri Bayu 2009-2011
Naib Pengerusi:En. Ahamad Fadzil bin Ariff
Setiausaha:En. Hashim bin Talib
Bendahari:En. Kamaruzaman bin Abdul Rahman
Ahli jawatankuasa
Biro Agama & Surau:
Ustaz Ismail bin Shaari
Biro Sekolah Rakyat:
En. Kamarudin bin Yasin
Biro Jiran Muda,Tunas Muda:
Tn. Hj. Ikram bin Zulkafali
En. Fitri Zaidi b Meor Hamzah
Biro Keselamatan & SRS:
En. Ibrahim bin Hasan
En. Nor Azlan b Yahya
En. Ahmad Tajul Ariffin bin Mohamed Tajudin
Biro IT & Informasi:
En. Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar
Biro Pendidikan:
En. Mohd Lotiffi bin Harun Noh Rashid
En. Shuhaimi b Alias
Biro Kesihatan:
Tn. Hj. Abd Rashid bin Kulop Sharif
Tn. Hj. Aidrus b Shaari
Biro Jiran Emas &Kebajikan:
Tn. Hj. Zulkifli bin Ali
Tn. Hj. Nahar b Mat Yatim
Biro Pembangunan & Teknikal:
Tn. Hj. Wook bin Saidon
En. Abdul Rani b Abd Rahman
Biro Sukan:
En. Razali bin Abdul Rahman
En. Mokhtar b Shaari
Biro Jiran Wanita:
Pn. Hjh. Ramnah bt Abd Sani
Pn. Latifah bt Yusof
Pn. Noraini bt Mat Isa