Sekadar berkongsi tentang PUASA....
1. Pengertian puasa ialah menahan diri dan menurut syarak menahan diri dari lapar dan dahaga, mulai terbit fajar hingga terbenam matahari disertai niat dengan syarat2 tertentu.
Adapun puasa di bulan Ramadhan dilakukan selama 29 atau 30 hari. (sebulan)
2. Niat puasa : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu bulan Ramadhan tahun ini sekeliannya kerana Allah Taala.ini dibaca pada hari permulaan sahaja dan sekiranya kita terlupa pada hari kedua atau ketiga puasa tidak mengapa kerana kita sudah berniat dgn niat ini.
3. Niat puasa pd tiap2 malam / hari : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardu bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
4. Syarat2 Wajib Puasa:
*Beragama Islam
*Baligh dan berakal-kanak2 belum diwajibkan cuma bolehlah dilatih.
*Suci dari haid dan Nifas (bagi perempuan sahaja)
*Kuasa bermaksud mampu melakukan tidak sakit dan bukan sudah terlalu tua, mereka ini tidak boleh berpuasa tetapi wajib membayar fidyah.
5. Rukun Puasa:
* Niat
* Meninggalkan segala yg membatalkan puasa mulai terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari.
6. Hikmah Puasa:
* Mengawal nafsu dan keinginan manusia biasa
* Mendidik jiwa agar biasa dan dapat menguasai diri sehingga mudah menjalankan semua kebaikan
* mendidik menjadi insan yg sabar dan tabah menghadapi ujian
* mendidik diri berdisiplin dan amanah utk tidak makan dan minum sehingga tiba waktu berbuka serta menjauhi segala perkara yg dilarang
* dapat menjaga dan memperbaiki kesihatan
* Menanam rasa kasih sayang dan saling membantu sesama manusia
Semoga Ramadhan yg datang kali ini lebih bermakna dari tahun2 lalu. Tingkatkan keimanan dan ibadat kita kpd Yang Esa. Moga keampunan , kerahmatan dan keberkatan menyebelahi kita sekeluarga, aminn..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan