Forum Perdana " Jemaah Meningkat Masyarakat Berpakat " telah pun berjaya kita laksanakan.Segalanya berjalan dengan lancar. Para jawatankuasa mahu pun masyarakat Desa Seri Bayu telah mengembeleng tenaga demi menjayakan apa yang telah dirancang.
Dianggarkan seramai 800 orang ramai hadir untuk mendengar forum tersebut. Murid-murid dari Sekolah Teknik juga hadir seramai 50 orang.
Antara intipati forum yang telah dikupas dan dibahaskan oleh ahli panel :
- kehadiran masyarkat ke surau.Sepatutnya solat itu didirikan di surau.Pahalanya adalah lebih
jika didirikan di surau.
- kelebihan mendirikan solat di surau.Dapat mengenali jiran dengan lebih dekat serta
memakmurkan rumah Allah.
- kepentingan tanggungjawab kepada keluarga.Ketua keluarga wajib melaksanakan
tanggungjawab di rumah kemudian barulah kepada masyarakat.
- peranan ibu bapa kepada perkembangan anak-anak. Sepatutnya ibu bapa kena ambil tahu
pergerakan anak-anak mereka di luar rumah.Tanya ke mana mereka pergi.Dengan siapa
mereka berkawan.
- masyarakat diseru agar lebih bekerjasama untuk memajukan Rukun Tetangga.Perlu
mengambil bahagian ketika pihak jawatankuasa KRT melaksanakan sesuatu program.
Jika diperhalusi maka banyaklah kelemahan yang ada pada pihak kita. Sesungguhnya kita masih lagi kurang memberikan komitmen dalam menjayakan aktiviti yang dirancang. Lantaran itu banyak masalah yang belum lagi dapat kita tangani. Masalah budaya lepak di kalangan anak remaja kita, menunggang motor secara laju, dan kecurian.
Oleh itu marilah kita bersama-sama menyumbang tenaga, idea atau wang ringgit demi memajukan Rukun Tetangga dan anak-anak kita.
InsyaALLAH.........

Tiada ulasan:
Catat Ulasan