17 Januari 2010

DERMA SURAU AN-NAQLIAH

Kepada semua penduduk RPT Desa Seri Bayu. Di bawah ini dipaparkan sumbangan derma untuk surau kita mengikut kumpulan tuan-tuan bagi tahun 2009. Renungkanlah. Terima kasih kepada yang telah menyumbang, teruskanlah menderma untuk tahun 2010 ini. Kepada yang masih belum berbuat demikian, sampaikanlah sumbangan tuan-tuan kepada ketua kumpulan. Sumbangan tuan-tuan hanyalah RM 5.00 sebulan atau RM 60.00 setahun. Sumbangan tuan-tuan pasti digunakan untuk menampung kos air, elektrik dan majlis ilmu setiap bulan. Carilah keberkatan dengan cara yang baik ini. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberi keberkatan buat kita semua. Amin.

Firman Allah Taala:
وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ(10)
"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh.

Ayat 10, Surah al-Munafiqun.



مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ.
"Bandingan (pemberian) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melimpat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

Ayat 261, Surah al-Baqarah.

SUMBANGAN KUMPULAN 1 HINGGA 8 TAHUN 2009
KLIK UNTUK PAPARAN YG LEBIH BESAR DAN JELAS

10 Januari 2010

Cerita Karnival Sukan Permainan dalam Akhbar SINAR

Kalau sesape baca SINAR hari Ahad 10 Januari 2010 ada cerita dan gambar Karnival Sukan Permainan KRT RPT Desa Seri Bayu. Kalau tak beli tu tengok je la kat bawah ni...(klik untuk besarkan). Ada yang perasan hensem pulok tu.

02 Januari 2010

Penutupan Karnival Sukan

Pada 1 Januari 2010 diadakan Perasmian Gelanggang Futsal dan Penutupan Karnival Sukan dan Permainan. Seramai lebih dari 450 penduduk Desa Seri Bayu yang hadir. Tetamu istimewa YB Drs Mohd Nizar bin Zakaria hadir untuk merasmikan Gelanggang Futsal. Terima kasih diucapkan...