25 Oktober 2009

Makluman untuk Warga RPT Desa Seri Bayu

Catatan ini dibuat sebagai respons mesej individu beridentiti Za dalam ruangan mesej Info khususnya dan buat makluman penduduk RPT amnya. Pihak KRT mengambil maklum respon yang diberikan di dalam blog ini. Untuk pengetahuan semua pihak KRT sentiasa mengambil peluang dan ruang membuat permohonan serta sentiasa berhubung dengan pihak-pihak berwajib yang mempunyai akses untuk memajukan dan melengkapkan prasarana di perkampungan kita. KRT juga sentiasa membuat 'follow up' isu-isu dan permasalahan yang dibangkitkan kepada pihak-pihak berkaitan. Apa yang perlu difahami oleh semua, segala tindakan dan urusan dibuat adalah mengikut prosedur. Cuma cepat atau lambat sesuatu pelaksanaan bukanlah dalam bidang kuasa pihak KRT. Ia bergantung kepada pihak-pihak yang berkaitan.Yang penting usaha dan tindakan telah dibuat. Baru-baru ini kita telah membuat permohonan untuk mendapatkan kemudahan di bawah peruntukan pembangunan luar bandar (PLB) bagi tahun 2010. Ia termasuk permohonan untuk tanah lapang yang dimaksudkan oleh Za. Harapan kita semoga kalau tidak semua, sebahagiannya dapat diluluskan. Pihak KRT telus dalam hal ini dan sila lihat dokumen yang disertakan (klik untuk saiz besar). Sekian..semoga semua pihak berpuas hati dengan penjelasan ini. SETIAUSAHA


MAJLIS JAMUAN HARI RAYA RPT DESA SERI BAYU

Alhamdulillah majlis tersebut telah diadakan pada 17 Oktober 2009 yang lalu. Ramai warga RPT yang hadir. Tetamu jemputan yang turut serta ialah YB Drs.Mohd Nizar Zakaria Ahli Parlimen Parit,En.Fikri Amir-Pen.Peg.Perpaduan Perak Tengah, Ustaz Wahab -Penyelaras KRT Perak Tengah dan Mantan ADUN Bota Yg.Berbahagia Datuk Che Ri b.Daud. Jawatankuasa KRT dan Surau An-Naqliah mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang dan AJK yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Tataplah gambar-gambar sekitar majlis tersebut... (klik untuk gambar yg lebih besar)










18 Oktober 2009

SELAMAT MENUNAIKAN HAJI KEPADA WARGA RPT DESA SERI BAYU



Pihak Jawatankuasa KRT mewakili penduduk RPT Desa Seri Bayu mengucapkan selamat berangkat ke tanah suci kepada Ustaz Ismail dan isteri, Cikgu Saidin dan isteri, Cikgu Omardin dan isteri, En.Wakinudin dan isteri, Cikgu Nizar dan isteri, En.Shams
udin dan isteri serta En.Tajul Arifin dan isteri. Setakat hari ini tujuh pasangan telah mengesahkan keberangkatan mereka. Semoga selamat pergi dan kembali serta memperolehi haji yang mabrur.InsyaAllah

14 Oktober 2009

JAMUAN HARI RAYA RPT DESA SERI BAYU

Jawatankuasa KRT dan Surau An-Naqliah dengan segala hormatnya menjemput warga RPT Desa Seri Bayu hadir beramai-ramai ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang akan diadakan pada :

Tarikh : 17 Oktober 2009 (Sabtu)

Masa : 04.30 Petang (selepas Asar)

Tempat : Dewan MDPT Seri Bayu / Surau An-Naqliah


Pesanan : Dialu-alukan membawa kuih muih dan
berbaju raya (baju melayu)


Persiapan : Gotong royong akan diadakan pada
sebelah pagi. Jemput hadir.

Selamat Berangkat Ke Tanah Suci



Jawatankuasa KRT Desa Seri Bayu mengucapkan selamat menunaikan haji buat Ustaz Ismail serta isteri pada 20 Oktober 2009. Semoga beroleh haji yang mabrur.InsyaAllah

DEWAN MDPT DESA SERI BAYU



Alhamdulillah Desa Seri Bayu telah menerima satu lagi kemudahan awam iaitu sebuah dewan orang ramai. Dewan ini merupakan peruntukan kelolaan majlis daerah. Dengan kos dianggarkan RM 180,000 ini , dewan dibina dalam tempoh 2 bulan sahaja dengan menggunakan bahan binaan model baru secara pasang siap serta tidak menggunakan dinding batu bata. Apa yang diharapkan dewan ini dapat menjadi medan aktiviti setempat seterusnya mengukuhkan lagi ikatan warga RPT Desa Seri Bayu

Jawatankuasa KRT Desa Seri Bayu 2009-2011

Pengerusi:En. Abu Jalil bin Meor Yang

Naib Pengerusi:En. Ahamad Fadzil bin Ariff

Setiausaha:En. Hashim bin Talib

Bendahari:En. Kamaruzaman bin Abdul Rahman

Ahli jawatankuasa

Biro Agama & Surau:
Ustaz Ismail bin Shaari

Biro Sekolah Rakyat:
En. Kamarudin bin Yasin

Biro Jiran Muda,Tunas Muda:
Tn. Hj. Ikram bin Zulkafali
En. Fitri Zaidi b Meor Hamzah

Biro Keselamatan & SRS:
En. Ibrahim bin Hasan
En. Nor Azlan b Yahya
En. Ahmad Tajul Ariffin bin Mohamed Tajudin

Biro IT & Informasi:
En. Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar

Biro Pendidikan:
En. Mohd Lotiffi bin Harun Noh Rashid
En. Shuhaimi b Alias

Biro Kesihatan:
Tn. Hj. Abd Rashid bin Kulop Sharif
Tn. Hj. Aidrus b Shaari

Biro Jiran Emas &Kebajikan:
Tn. Hj. Zulkifli bin Ali
Tn. Hj. Nahar b Mat Yatim

Biro Pembangunan & Teknikal:
Tn. Hj. Wook bin Saidon
En. Abdul Rani b Abd Rahman

Biro Sukan:
En. Razali bin Abdul Rahman
En. Mokhtar b Shaari

Biro Jiran Wanita:
Pn. Hjh. Ramnah bt Abd Sani
Pn. Latifah bt Yusof
Pn. Noraini bt Mat Isa


foto

renungan