25 Disember 2009

Karnival Sukan

Karnival Sukan dijalankan dengan meriah. Seramai lebih kurang 380 orang yang hadir. Acara yang dijalankan pada 25 Disember 2009 ialah Bola Tampar Lelaki Terbuka, Bola Jaring Wanita dan Futsall bawah 13 tahun.
Video di sebelah kanan sering berubah kerana masalah dengan fail di youtube. Refresh untuk dapatkan yang betul. Harap maaf.
Untuk download video :
Sila pergi ke ruangan muat turun di sebelah kanan di bawah dan pilih video yang hendak dimuat turun. Selamat mencuba...


12 Disember 2009

Mesyuarat Karnival Sukan

Mesyuarat Karnival Sukan Dan Permainan diadakan pada 11 Disember 2009. Bermula Pada pukul 9.10 malam dan berakhir pada pukul 11.30 malam. Seramai 40 orang termasuk AJK KRT dan Penduduk KRT Desa Seri Bayu yang hadir. Terima Kasih kepada mereka yang hadir.

11 Disember 2009

Karnival Sukan Permainan

Karnival Sukan Permainan KRT

Anjuran : Biro Sukan & Rekreasi dan KRT RPT Gelong Pepuyu Desa Seri Bayu

Tarikh : 25 Disember 2009 ( Pusingan Awal ) - 1 Januari 2010 ( Pusingan seterusnya )

Acara dipertandingkan :

Lelaki-
1. Futsal 13 Tahun Ke Bawah ( 8 orang )
2. Futsal Remaja 14 Tahun Ke Atas ( 8 orang )
3. Futsal Veteran ( 10 orang )
4. Bola Tampar Terbuka ( 5 Veteran dan 4 Remaja )
5. GOLF ( Warga Emas, 5 Orang )

Perempuan-
1. Bola Jaring 13 Tahun Ke Bawah ( 9 orang )
2. Bola Jaring Remaja Veteran ( 5 Veteran dan 4 Remaja )
3. Bola Tampar Terbuka ( 5 Veteran 4 Remaja )
4. Petanque ( 5 Orang )
5. Sukaneka Remaja Perempuan ( 9 Orang )

Kanak-kanak-
1. Sukaneka - Lelaki dan Perempuan Berumur 7 Tahun - 9 Tahun
2. Acara Pra Sekolah

Peraturan * Setiap pemain hanya boleh menyertai SATU acara/permainan

Penyertaan - Penduduk KRT Gelong Pepuyu RPT Desa Seri Bayu-Ikut Kumpulan More

Penting ** Penduduk KRT Gelong Pepuyu RPT Desa Seri Bayu Harus Berjumpa Ketua Kumpulan More Masing-masing Untuk Mendaftar Sebarang Penyertaan